About Me

Kajang, Selangor, Malaysia
I am just a simple girl who is 16 turning 17. However, I love reading and can devour a book in a day depending on my interest. I am from Sekolah Rendah Seri Sempurna and Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mutiara. My blog contains my feelings and I would treat it like my diary. I would express myself here. If you would like to know me better visit this blog ^.^ Anyway I hope you'll enjoy this blog and be blessed thorough it! =P

Thursday, April 15, 2010

Smoked and Burnt Message

Hey guess what? *it isn't good news*

Oh no, well those things in school can't be changed.. I gave up on it today since all slips have already been given out to students receiving prizes..

I wrote this whole letter and planned to send it in but well my parents decided to intervene and I put off this letter of mine..

here it is.. *the unsent emotional letter*

Kepada: Pengetua SMK Seri Mutiara 14hb April 2010


Puan,

Aduan Tentang Cara Penetapan Nama Penerima Hadiah

Dengan segala hormatnya saya ingin membuat aduan tentang cara penetapan nama penerima hadiah. Saya telah meluangkan masa untuk menaip warkah ini disebabkan beberapa perkara yang kurang saya fahami dan saya juga ingin menjernihkan segala salah faham.

2.Pertama sekali, saya tidak berapa jelas tentang nama beberapa orang pelajar yang telah disenaraikan sebagai penerima hadiah untuk tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kelas dan juga keseluruhan tingkatan. Namun demikian, sebagaimana yang saya fahami mereka yang tersenarai bukanlah orang yang sepatutnya. Slip keputusan peperiksaan akhir tahun lepas pula menunjukkan nama orang yang berbeza. Lebih-lebih lagi, slip kedudukan dalam keseluruhan yang dilekatkan dekat dengan foyer juga berbeza dengan senarai pelajar yang bakal menerima hadiah. Ini agak mengelirukan untuk pelajar yang namanya tidak tersenarai untuk menerima hadiah sedangkan mereka sepatutnya mendapat tempat pertama atau kedua.

3.Selain itu, saya juga tidak berapa faham tentang format baru yang diperkenalkan. Saya pernah berjumpa dengan beberapa orang guru dan mereka memberitahu saya yang pelajar yang mendapat bilangan A yang lebih, layak menerima hadiah, tidak kira A1 atau A2. Ini tidak begitu adil untuk pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Bahasa Cina, sedangkan mereka mengambil mata pelajaran yang lain di luar seperti Prinsip Perakaunan. Semangat mereka terjejas disebabkan perkara ini dan mereka berasa tidak puas hati.

4.Selain itu, saya juga ingin bertanya tentang gred A1 dan A2 yang manakah lebih baik? Tambahan pula, antara keputusan pelajar yang mendapat 11 A1 dengan pelajar yang mendapat keputusan 10A1 dan 2 A2 yang manakah lebih layak? Sebenarnya, saya bukan hendak memandang rendah pada orang lain ataupun meninggikan diri. Saya hanya hendak menjelaskan perkara tersebut yang terpendam dalam hati saya kerana beberapa orang pelajar yang lain juga berpendapat demikian.

5.Memandangkan perkara ini agak mengelirukan dan juga kurang adil. Kami ingin mencadangkan supaya pihak puan dapat berpandukan gred purata untuk menetapkan penerima hadiah. Puan juga boleh mengadili perkara ini dengan menggunakan bilangan A1 dan A2 ataupun menggunakan peratus. Selain itu, pihak puan juga boleh merujuk kepada slip peperiksaan akhir tahun untuk mengadili perkara ini.



6.Justeru, saya menaruh harapan dan keyakinan yang penuh bahawa pihak puan yang bijaksana, adil serta saksama dapat menjelaskan perkara ini kepada kami. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak puan kerana sudi meluangkan masa walaupun amat sibuk, untuk membaca warkah ini. Saya juga meminta ampun sekiranya ketelajuran kata atau jika saya telah bersikap keterlaluan terhadap pihak puan.


Sekian, terima kasih

Yang benar,




________________________
(BEATRIX TAN HWEI ERN)
Tingkatan 5 Sains 1

yeah.. this is the emo letter.. That's why they prevented me from sending it in..

I conclude by saying that HE wanted to put me through this test.
HE wanted me to learn to rid my pride and also my selfishness..
The lesson HE wanted me to learn was humility..
I ought to be humble and teachable..
To be moulded by HIM to become a better person..
To be changed and be in HIS likeness
So that I may be a vessel for HIM and to be used by HIM.. yup.. THAT'S IT!

BE POSITIVE!

No comments:

Post a Comment